ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 12, 2018

TRAVELOG KEMBARA (DESTINASI) - HAT YAI-SONGKHLA JADI INGATAN


Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum...

Salam hormat dan salam santun. Apa khabar semua? Doa dan harapan semoga semuanya baik-baik. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pelayar web yang sudi singgah ke laman blog NKN serta sudi jua meninggalkan jejak kalian. Syukur, Alhamdulillah! Salam persahabatan dan silaturahmi.

Sebagaimana yang dijanjikan, inilah travelog kembara pertama saya yang telah pun diterbitkan di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia Ahad yang bertarikh 11 Feb 2018. Ini merupakan karya kedua saya yang berjaya melepasi penilaian untuk diterbitkan pada tahun 2018. Segala pujian bagi Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah! Dengan izin-Nya, tanpa diduga, percubaan saya kali ini turut membuahkan hasil.

Tiada kata seindah bahasa. Terima kasih tidak terhingga kepada Akhbar MM kerana  benar-benar teliti dan telus menilai setiap kiriman yang diterima untuk disiarkan. Sebagai penulis saya sentiasa berminda positif jika mengirim sebarang karya untuk penilaian pihak akhbar. Sentiasa sabar menunggu sehingga karya-karya saya muncul di dada akhbar sebagai kejutan paling istimewa buat diri sendiri.

Dengan menguasai pelbagai genre, ia telah menjadikan saya seorang penulis yang semakin matang. Matang untuk terus gigih berkarya dan melangkah maju dengan inisiatif sendiri tanpa menunggu dan mengharapkan sesiapa untuk membantu saya. Itulah kepuasan pada diri apabila kita berjuang dan berusaha dengan titik peluh sendiri.

Kita perlu berani merintis jalan agar kita terus ke hadapan dengan identiti dan imej kita sendiri. Bukan menjadi penulis yang hanya suka meniru dan ikut apa orang lain buat. Kita perlu berdiri kukuh dengan identiti sendiri. Jadilah pembuka jalan agar orang lain mengikut jejak langkah kita untuk maju dan terus positif.

Tinggalkan kawan-kawan yang negatif (kaki umpat dan gossip)  kerana ia hanya melemahkan semangat kita dan tidak mendatangkan manfaat apa pun jika terus bersama untuk gerakan melakukan dosa. Fokus kepada nilai tambah untuk memperbaiki diri kita. Ia lebih bermanfaat daripada menambah beban dosa kita setiap hari.

Masa dan usia kita semakin singkat. Maka jangan dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Menulislah hal-hal yang berfaedah dan bermanfaat agar ia mengalir menjadi jariah bermakna untuk kita di sana nanti. Gunakan sebaik-baiknya bakat yang Allah pinjamkan kepada kita. Jangan takbur dan bongkak sehingga kita lupa diri apabila dipuji. Anggaplah segala pujian itu sebagai pendorong. Bukan untuk dibangga dan dijaja. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang selalu lupa diri dan tersasar niat.

Akhir kata, selamat maju jaya buat semua. Rendahkan hati selalu dan ikutlah resmi padi agar diri disegani dihormati kerana indahnya peribadi.

Wassalam. Jumpa lagi... 😘😘😘😘

-CT Nurza
12 Feb 2018
3.18 AM

Sunday, January 28, 2018

INSURANS HAYAT - CERPEN UTUSAN MALAYSIA S2


Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Salam tahajud! Apa khabar semua? Mohon maaf kerana dah lama tak menjengah ke sini. Walau apa pun... inilah janji saya untuk ditunaikan minggu ini.

Syukur, Alhamdulillah! Percubaan pertama saya berani gagal mengirimkan cerpen ini untuk dinilai oleh pihak Akhbar Utusan Malaysia S2,  nampaknya tidaklah mengecewakan. Tidak disangka awal-awal pagi lagi saya telah menerima begitu banyak ucapan tahniah daripada sahabat-sahabat setia saya di laman wassap. Terima kasih semua kawan-kawan kerana sudi memaklumkan tentang penyiaran cerpen ini kepada saya.

Ini merupakan karya istimewa saya yang membuka tirai tahun baharu 2018. Karya ini terhasil sebaik sahaja saya pulang dari mengikuti rombongan ke Songkhla, Thailand tahun lalu. Maka itulah saya menggunakan latar masa dan tempat untuk cerpen ini berlokasi di sana.

Kepada rakan-rakan yang sudi membaca cerpen ini, terima kasih sekalung budi. Juga kepada pihak akhbar Utusan Malaysia S2, terima kasih tidak terhingga kerana sudi menilai dan menyiarkan cerpen ini dengan ilustrasi yang begitu cantik menepati isi cerita di dalam cerpen ini. Ia turut menjadi satu suntikan semangat kepada penulis-penulis untuk terus menghasilkan karya yang terbaik semampunya... Insya-Allah!

Akhirkata, salam sayang salam hormat untuk semua. Teruskan berkarya selagi mana diizinkan untuk kita berfikir dengan bijak dan matang. Tiada apa yang perlu saya banggakan kecuali sangat bersyukur di atas penyiaran karya ini.

Allah Maha Besar dan Maha Benar... maka jagalah niat, jagalah iman. Semoga kita semua menjadi insan yang berjaya... Insya-Allah!

-CT Nurza
28 Jan 2018
3.55 Pagi

Friday, January 19, 2018

DI BAWAH LANGIT-NYA KUHIMPUN DAMAI






Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan semua, Antologi ini merupakan Antologi Bersama yang ke #46 telah saya sertai yang diterbitkan dan dilancarkan pada Disember 2017.

Paling istimewa antologi ini telah memuatkan 2 buah sajak bertemakan Seni & Budaya, hasil karya kecil saya bersama insan-insan hebat dan rakan penulis yang lain.

Harga untuk senaskah ialah RM25.00 dan buku ini adalah gabungan penulis Malaysia-Indonesia. Tahniah kepada semua penulis, penerbit dan pengulas buku ini juga. Semoga sukses selalu.

Terima kasih dan salam hormat buat semua.


TOPENG DOMBA

Cerita atas cerita
langsung tiada usul periksa
tanpa selidik atau tanya
untuk tahu lebih nyata
bukan cuma cereka penuh dusta
tetapi bersemuka mencari fakta
tidak hanya dengar dan dengar
kemudian bulat-bulat percaya
tanpa ketahui yang mana benar

Inilah dunia maya
manusia bersikap mengadu domba
berpaling wajah bermuka-muka
kerjanya sentiasa melaga-laga
apabila melihat rakan-rakan bersengketa

Cerita direka bertokok tambah
yang tiada diada-ada
gembira hati tidak terkata
rakan baik bermusuh kata-mengata

Wahai, manusia!
berpada-padalah menghimpun dosa
kendatipun kita bukan penghuni syurga.

Nukilan Spontan,
CT NURZA
Pelabuhan Klang, Selangor
20 Dis 2017

*Nota ~ Coretan picisan ini hanya untuk siaran di blog.

Nantikan karya-karya serius saya di akhbar & majalah. Travelog, Cerpen, Rencana dll. Akan saya kemaskini nanti untuk tatapan semua . Terima kasih.