ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, December 13, 2012

HANYA SEBUAH CORETAN

Assalamualaikum....
Terlebih dahulu, mohon maaf kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berkunjung dan mengikuti laman blog ini, kerana sejak kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit sehingga tidak berpeluang langsung untuk sentiasa mengemaskinikan laman blog saya atas sebab-sebab tertentu.

Selepas pemergian ibu tercinta ke Rahmatullah baru-baru ini...saya seperti kehilangan semangat sedikit untuk menumpukan perhatian kepada blog dan akaun Facebook saya kini, kerana itu jua akaun FB telah saya tutup buat masa ini dan tidak lagi aktif menulis di laman Facebook seperti dulu....Insya-Allah bila keadaan telah tenang dan kembali pulih nanti, saya akan cuba aktif semula berkarya di sini dan buat masa sekarang cukuplah jika saya hanya mampu memberikan fokus kepada tugasan penting saya sahaja untuk sebuah majalah, kerana itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu saya pikul terlebih dahulu untuk diutamakan dari segala hal buat masa ini...itulah komitmen saya sekarang. Akan saya laksanakan tugasan saya dengan baik dan jaya demi amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Insya-Allah.

Di samping itu, mohon maaf jua kerana sekian lama blog ini telah dihentikan operasinya seketika kerana saya sedang mengubahsuai dan mengemaskinikannya, agar ianya lebih tersusun dan teratur lagi di masa-masa akan datang....seandainya, tidak punya kesempatan untuk melakukan penambahbaikan ke atas blog ini, mungkin saya akan tutup akaun blog ini dan menukarnya kepada blog baru (Jika ada masa berbuat demikian) dengan menyusun karya-karya nukilan hati hasil pemikiran saya sendiri dan juga rakan-rakan penulis yang lain, kerana dari karya yang ditulis itulah, ia akan menjadi cerminan peribadi dan hati kita samada ianya bersih atau sebaliknya....harapan saya semoga kita menulis dengan kemurniaan hati berlandaskan iman bukan dengan penuh emosi dan kerasukkan syaitan durjana laknatullah yang selalu ingin menghasut dan memesongkan akidah dan diri kita ke jalan neraka....

Tulislah sesuatu yang baik agar jiwa yang membaca mendapat sentuhan yang baik untuk berbuat baik dan melakukan kebaikan di samping diri sendiri mendapat pahala yang berterusan, bilamana ramai yang membaca hasil tulisan kita itu memperolehi kebaikan dan manfaatnya bersama. Bukan sahaja untuk duniawi tetapi juga untuk ukhrawi...itulah yang menjadi saham kita di akhirat kelak. hanya sekadar ingatan untuk diri sendiri yang amat takut dengan kemurkaan Allah SWT dalam mencari keberkatan hidup dengan keredhaan-Nya...

Ya Allah!
Lindungilah aku dari menulis perkara-perkara yang boleh menyakiti dan menyinggung hati insan lain...
Sesungguh-Nya hanya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui buruk baik niat di hati hamba-hamba-Mu, berilah kami ilham yang baik dan sentiasa mengalir segar agar dapat menulis perkara yang baik dalam membentuk dan mengasuh diri sendiri memperbaiki sikap peribadi agar mampu memperkayakan hati dengan sifat-sifat mahmudah yang terpuji bukannya dengan sifat mazmumah yang terkeji....tambahkanlah ilmu, iman dan pengetahuan kami agar ilmu yang diperolehi dan dimiliki dapat menerangi diri setelah kami tiada nanti...

Sekalung Al-fatihah ku sedekahkan untuk diri sendiri, suami, kedua ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, muslimin muslimah juga untuk semua saudara seagamaku serta umat islam di Gaza, Palestin serta tidak kira di mana saja berada dengan iringan doa semoga Allah melindungi kita semua dari bala bencana...aamiin...Insya-Allah!

Salam subuh untuk semua...terima kasih!....:)

-Nurza-
13122012  05:23am.

No comments: