ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : PAHIT


Sesuatu yang manis
T
idak harus terus ditelan

Sesuatu yang pahit

Tidak harus terus dibuang

Pahit ubat masih boleh diminum
Menjadi penawar kepada kesakitan

Pahit peria masih boleh dimakan
Memberi khasiat untuk kesihatan

Pahitnya kata-kata
Biar hati terhiris luka
Namun...
M
asih boleh dimanfaatkan

Menjadi motivasi memberi kesedaran
Tukkita perbaiki diri dari segala kelemahan
Kerana yang elok tidak selamanya elok
Yang buruk tak semestinya busuk

Bila tiba saatnya
Mungkin situasi akan bertukar sebaliknya
Laksana besi karat
Usah dihina kerana karat tak berguna
Lantaran...
Ia juga masih berharga

Bila waktu memerlukannya.

-Nurza-
23112011 04:43pagi.

No comments: