ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, December 14, 2012

PANTUN : SEMPENA HARI BELIA NEGARA


BELIA CEMERLANG NEGARA TERBILANG


1.  Pungut cendawan di pinggir hutan,
     Batang jerami dibuat ambal;
     Belia usahawan menjana pendapatan,
     Meningkatkan ekonomi ke tahap global.


2.  Batang jerami dibuat ambal,
     Mudik ke muara si anak sia;
     Meningkatkan ekonomi ke tahap global,
     Memartabatkan negara di mata dunia.


3.  Mudik ke muara si anak sia,
     Terbang pulang si burung helang;
     Memartabatkan negara di mata dunia,
     Belia cemerlang negara terbilang.


4.  Terbang pulang si burung helang,
     Periuk kera penuh seraga;
     Belia cemerlang negara terbilang,
     Aset utama paling berharga.

Ciptaan,
CT Nurza.
14122012
04:07am.

No comments: