ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PANTUN : SENI BUDAYA PUSAKA BANGSA


PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN BERKAIT 4 RANGKAP.

Buka bingkisan di tepi sawah,
Sepohon sena berbunga lagi;
Songket warisan tenunan mewah,
Pakaian istana bermutu tinggi.

Sepohon sena berbunga lagi,
Hilanglah duka hapuslah rawan;
Pakaian istana bermutu tinggi,
Corak direka indah menawan.

Hilanglah duka hapuslah rawan,
Bayu mengelus di pinggir hutan;
Corak direka indah menawan,
Motifnya halus teliti buatan.

Bayu mengelus di pinggir hutan,
Senyum pak tani duduk berteman;
Motifnya halus teliti buatan,
Sentuhan seni zaman berzaman.

Nukilan,
-Nurza- 
05 April 2010.

*Berjaya melepasi saringan awal pihak juri pada 07 April 2010, dan telah diterbitkan di Radio Malaysia Klasik Nasional untuk pertandingan mencipta "Pantun Berkait."

No comments: