ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, December 21, 2012

PANTUN : TEMA ILMU


Anak teritip lekat dijaring 
Turun dan naik ombak di pantai; 
Ilmu dikutip ditapis disaring,
Mana yang baik diguna pakai.

Turun dan naik ombak di pantai,
Bersiul-siulan si burung nuri;
Ilmu yang baik diguna pakai,
Jadikan amalan setiap hari.

Bersiul-siulan si burung nuri,
Di tepi jalan terbang cecawi;
Jadikan amalan setiap hari,
Buat bekalan duniawi ukhrawi.

Di tepi jalan terbang cecawi,
Anak nelayan memukat tenggiri;
Buat bekalan duniawi ukhrawi,
Semoga berkat ilmu dipelajari.


Anak nelayan memukat tenggiri,
Besar saiznya dikerat-kerat;
Semoga berkat ilmu dipelajari,
Selamat hendaknya dunia akhirat.

-CT Nurza-
23062012
07 :35pm

*Kredit untuk grafik hiasan : Pondok Habib

No comments: