ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, December 21, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN SYAWAL


Masak bawal dengan halia,
Tatang di tangan secawan manisan;
Hadirnya syawal membawa cahaya,
Mengeratkan hubungan sesama insan.

Perasa petis diadun dijual,
Ke pekan Kangar membeli gelama;
Sendu menitis airmata syawal,
Tatkala mendengar takbir bergema

Nukilan,
-CT Nurza-
Oktober 2008


*Dipilih sebagai 'Pemenang ke-2' antara 5  terbaik Pertandingan Mencipta Pantun Syawal Oktober, 2008. Terbitan Radio Malaysia Klasik Nasional dengan kerjasama TNB & KBM COLLECTION. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di pejabat Radio Malaysia Klasik Nasional, Angkasapuri, Kuala Lumpur dengan meriahnya.Terima kasih!

*Gambar hiasan : sumber daripada Google.com.

No comments: