ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

MERDEKA MENURUT PENDAPAT SAYA


(PERTANDINGAN ESEI REMAJA RADIO SATU RTM 1992)

Kita seringkali mendengar dan melafazkan perkataan 'Merdeka' tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa ada di antaranya tidak begitu memahami dan mengerti apa itu merdeka.?

Pengucapan demi pengucapan acapkali terlahir dari bibir kita, namun untuk memberikan interpretasi yang tepat dan nyata, memanglah amat sukar sekali. Ini adalah kerana, segelintir daripada individu itu hanya memahami erti 'merdeka' sebagai satu kemenangan dalam melepaskan diri dari sebarang sekatan atau penjajahan.

Oleh yang demikian, 'merdeka' menurut pendapat saya ialah, satu pembebasan terhadap rakyat, individu, agama, bangsa dan juga negara. Sebagai satu contoh, jika suatu ketika dahulu, seseorang individu itu pernah mengalami penderitaan dan kesusahan akibat kemiskinan, tetapi setelah berusaha tanpa rasa jemu dan putus asa, akhirnya ia berjaya melepaskan diri dari cengkaman kemiskinan tanpa bergantung dan berharap kepada orang lain. Usaha dan semangat merupakan satu perjuangan yang amat besar untuk membantu kita mencapai kejayaan dalam memerdekakan diri dari segala tuntutan kepayahan. Hanya kesabaran, ketabahan dan usaha sahaja mampu mengatasi segala-galanya.


Lantaran itu, sebagai rumusan atau kesimpulannya 'merdeka' bisa kita tafsirkan sebagai satu kejayaan dan kecemerlangan dalam membebaskan diri dari sebarang kongkongan atau belenggu, kerana istilah merdeka bukan hanya terbatas kepada negara sahaja, tetapi ia juga merangkumi semua aspek dalam kehidupan.


Nukilan,
-Nurza-

*Terbitan Radio Satu RTM Kuala Lumpur, September 1992. Terpilih sebagai 'Pemenang Pertama' Pertandingan Menulis Esei Remaja anjuran Dewan Bahasa & Pustaka dengan kerjasama Radio Satu RTM Kuala Lumpur.

*Esei ini sebenarnya berjumlah 300 perkataan, namun yang dapat dipaparkan di sini cuma isi-isi penting yang telah disiarkan di Radio sahaja, kerana salinan asal yang ditulis sepenuhnya telah hilang dalam simpanan...harap maaf...:)

No comments: