ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : AKAN BERAKHIRKAH SEGALANYA?


Puas kumenanti
Di anjung harapan ini
Akan bertamukah wajah bahagia yang kudamba
Akan berlalukah semilir duka yang bertandang
Atau...
Selamanya aku akan terus di sini
Menunggu dan menunggu
Dengan sekelumit ketabahan
Pada sebuah penantian
Tanpa penghujung
Tanpa kepastian
Untuk hari esok jua sesudahnya

Justeru...
Kupujuk resah jiwa
Kubungkus rasa kecewa
Gugurlah gerimis damai
Beraraklah awan derita
Mengusung pedih lara ini

Selamat tinggal nestapa
Terbitlah fajar ceria
Muncullah mentari bahagia
Lantaran..
Telah lamaku di sini
Menanti hadirmu
Agar esok tiada lagi lelagu derita
Bersenandung pilu di ufuk rasa
Mengalun sendu di danau sukma.

Oh, Tuhan!
Akan berakhirkah segalanya di sini
Akan terealisasikah impian dan harapan
Juga akan termakbulkah doaku
Sesungguhnya...
E
ngkau jualah Yang Maha Tahu

Lantas...
Aku pasrah pada qada' dan qadar-Mu!


Nukilan,
-CT Nurza-
Jun, 2009.

*Diterbitkan di Radio IKIMFM pada 08 Jun 2009 untuk segmen "Nukilan."

*Puisi ini turut dimuatkan dalam buku "Antologi Puisi Kampung Pagi" bersama 30 orang penulis-penulis Pahang. Terima kasih abg Roslan Madun selaku penyelenggara buku ini.

No comments: