ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : KERANA LIDAH


Lumrah lidah...

Suka berkata-kata
Adakah itu menunjukkan kehebatan kita?
Walau sekalipun berkata dusta
Menyakitkan hati rakan dengan nista
Mereka pelbagai cerita
Kerana prasangka dan sengketa
Demi kerana penilaian membuta
Untuk menjatuhkan sesama kita
Menghancurkan bangsa kita

Itulah orang kita
Tak habis-habis nak bersengketa
Bila bercakap sesedap rasa
Tak pernah fikirkan apa orang lain rasa
Berkata apa yang mereka suka
Tanpa usul periksa
Yang lemah menjadi mangsa
Akibat fitnah dan cemburu buta
Hidup tak pernah aman dari waham prasangka
Lantaran asyik berburuk sangka
Demi mencari perhatian setiap masa
Dahagakan pujian gilakan kuasa
Bila berkuasa amanah entah ke mana
Aduhaiiiiii...alahaiiii...

Itulah manusia...
Berpangkat berharta terlalu berbangga
Tidak ingat semuanya pinjaman sementara
Akan ditarik bila-bila masa
Sedarlah!
Insaflah!
Ingatlah!
Segalanya takakan ke mana-mana
Bila cangkul dan tanah menjadi pemisahnya
Ilmu
Iman
Amal
Taqwa
Hanya itu penyelamat diri
Saat jasad telah kaku di perut bumi.

-Nurza-
11092011 09:59am.

No comments: