ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, December 13, 2012

PUISI : KHABAR YANG GUSAR

Ribut...
Usahlah kaubertiup
Andai tiupanmu membawa taufan
Memusnahkan alam
Memusnahkan kehidupan
Menghancurkan ummah
Menyingkirkan perpaduan
Merosakkan kedamaian
Memutuskan silaturrahiim

Bayu...
Hadirlah membawa sepoimu
Menyentuh lembut pipiku
Mengusap jiwa dan rasa
Dengan belai gemalai sakti kucupanmu
Buat aku terlena
bertafakur dengan tenang.

Ribut dan bayu...
Meski namanya tetap angin
Namun ia pasti berbeza
Sifat dan rasanya
Lantaran keduanya
Diciptakan Allah untuk saling direnung dan difikirkan
Kewujudan dan peranannya.
Agar kita dapat membezakan
Angin panas atau sejuk
Untuk kita berkehendak
Ia hadir atau  pergi
Bertiup ke arah lain
Membawa khabar yang belum pasti

Na'uzubillah hi min zaliq!
Tiada khabar yang lebih benar
Melainkan khabar Izrail yang diutus

Nukilan spontan,
-Nurza-
13122012  07:56PM

*Moralnya : Siasatlah dulu akan kebenaran perkhabaran yang kita dengar sebelum kita terus melulu mempercayainya hanya dari sebelah pihak, tanpa menyelidiki terlebih dahulu kebenarannya, sehingga menyesali sesudahnya nanti. Jadilah kita orang yang berkata benar dan tidak zalim sesama insan meskipun ia pahit dan dibenci, daripada kita mereka cerita dan kemudian baru sibuk menyesali diri. Orang yang memelihara lidahnya adalah mukmin yang paling baik di sisi Allah SWT manakala orang yang suka mengadu domba dan membuat kerosakkan adalah orang yang paling kejam dan tidak berguna.
Wallahualam...

No comments: