ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, December 16, 2012

PUISI : MAMPUKAH AKU



Mampukah aku?
Terbang tinggi sepertinya
Dengan sayap harapan
Mengibar bendera impian
Melewati puncak gunung
Menerokai angkasa raya
Gah dan girang
Menggapai bulan dan bintang
Menawan langit dan bumi
Dengan sekelumit cita-cita
Yang aku genggam
Penuh semangat dan tekad.

Oh, Tuhan!

Utuhkan semangatku
Teguhkan hati dan jiwa
Melawan ribut taufan
Yang sering mematahkan sayap impian
Untuk terus terbang tinggi
Jauh menembusi cakerawala
Agar tidak rebah ke bumi
Melebur bersama
Nafas hayat yang tersisa.

Mampukah?

Nukilan,
-Nurza-

08052012

*Diterbit dan disiarkan di dalam "Majalah Fardu Ain edisi ke-12 (April-Mei 2012)" ruangan Puisi & karya kreatif.

No comments: