ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, December 20, 2012

PUISI : MELANGKAH


Melangkah terus melangkah...

Walau sesekali jatuh rebah

Rebah bukan mengalah
Cuma sekadar penat dan lelah
Lelah mencari arah
Bila arah tersilap langkah


Melangkah terus melangkah

Meski sering ditohmah
Meski Sering diseranah
Kerana berjuang tetap ada mehnah


Melangkah terus melangkah...

Mehnah itu adalah amanah
Amanah bagi seorang hamba
Memikul segala janji terpatri
Sebelum lahir ke dunia ini

Melangkah terus melangkah...

Sehingga jalan bertemu arah
Arah kiblat arah yang indah

Untuk kita mencari Allah
Andai langkah tersalah gugah
Kembalilah kita dengan insaf.


-Nurza-
20122012. 
02:07minit petang.


*Disiarkan di Radio IKIMFM pada 11 Januari 2013 (jumaat)  jam 10.00mlm dalam segmen "Nukilan" oleh Dj Fairus.

*Telah diulangsiar kembali di Radio Ikim.fm. pada 25 Oktober 2013 jam 11:01minit malam dalam segmen "Nukilan" oleh Dj Fairus. Terima kasih Ikimfm.

No comments: