ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : MENCARI SINAR


Suatu ketika...
Aku pernah kecewa
Aku pernah terluka
Aku pernah sengsara

Jua pernah menangis

Namun...
Aku kini mula menyedari
Perjalananku masih bujang
Pencarianku masih jauh
Lalu aku menginsafi diri
Kumulakan hidup baru
Kuteruskan langkah penuh cita
Kusemaikan keazaman setinggi gunung
Berbekalkan semangat waja

Hidup perlu tabah dan sabar
Hidup perlu berani dan cekal
Pendirian mesti tetap dan teguh

Semangat harus kental dan tinggi
Barulah kejayaan dapat digenggam
Kebahagiaan bisa dimiliki

Kini...
Aku bertekad dan berazam
Aku takakan kecewa lagi
Aku takmahu terus terluka
Akan kuhapuskan segala derita
Akan kulontarkan luka dan lara
Biarlah kepedihan semalam berlalu pergi
Aku akan mengatur langkah
Meninggalkan kepahitan lalu
Akan kucari sinar pelangi
Demi mewarnai kehidupan mendatang
Dihari esok dan jua selamanya

Tuhan!
Restuilah perjuanganku
Titiskan setitik cahaya-Mu
Untuk menerangi perjalanan sepiku
Menuju lorong-Mu yang hakiki
Dalam mencari sinar ketenangan
Sepanjang meneruskan sisa kehidupan.

Nukilan, 

-Nurza-

*Diterbitkan di Akhbar Buletin utama, Ogos 1996.

No comments: