ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : MENIFESTASI CINTA


Sebuah cinta luka
Sering digenangi airmata

Sebuah cinta setia
Sering diuji ribut gelora

Sukar mencari sebuah kejujuran
Bila di hati tiada keikhlasan

Sukar mendapat kebahagiaan
Bila ketulusan jadi persendaan
Kasih sayang bagaikan tak berharga

Cinta yang terkesan
Cuma terpisah di bawah nisan
Cinta yang diragu
Bila mulut sering mengucapkan "I luv u"

Sesungguhnya cinta itu unik
Kerana keunikkannya
Ia cuma bisa disentuh dengan rasa
Justeru hanya rasa
Yang memaknai segalanya.

Nukilan spontan,
-Nurza-

27 Nov 2011 03:54pm.

No comments: