ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, December 21, 2012

PUISI : NUKILAN RAKAN FB KU.



Nur Za,
Kutahu ketulusan jiwamu
kufahami erti persahabatanmu
dan kuselami luka hatimu
tika dan saat ini.

Begitulah dirimu,
dalam kepayahan masih mengukir senyuman
dalam kegetiran masih mendoakan teman-teman
meski hatimu sarat dengan beban kenangan
kau dan dia
meski jiwamu karam
di lautan duka.

Semoga kau kembali ceria,
seindah mekarnya bunga-bunga maya di lamanmu ini
hadiah teman-teman yang juga menyayangi
dan mendoakan kebahagianmu selalu.

*Jutaan Terima kasih untuk kak SN kerana sudi menyelami hati kecilku di atas kehilangan dan pemergian sahabat baik FB ku Nursyamiera Abdullah [NA] yang telah pun kembali ke Rahmatullah pada 1 mac 2011 yang lalu akibat penyakit barah otak yang dihidapinya...Al-Fatihah buatmu NA....

No comments: