ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : RINTIHAN PILU SEORANG KOMPOSER



Sewaktu Majlis Pelancaran Album Jerantut Kampung Kas pada 16/03/2013. Tahniah En Ikhtiman Ismail selaku komposer untuk album tersebut...

by Nur Za on Tuesday, March 22, 2011 at 10:29pm

(KHAS BUAT EN IKHTIMAN ISMAIL)

II...
Tiap rintihmu yang kudengari
Hanyalah suara-suara pilu hati yang luka
Parah memendam keping-keping duka
Di sebalik senyum tawar yang terukir

Aku tahu kepedihan hatimu
Terbendung dalam tangis sepi yang takterucap
Menahan sabar diuji
Tatkala hasil seni perjuanganmu
Dirompak dilelong dengan kejamnya
Oleh si pengkhianat bangsa yang taktahu malu

Meskipun kini...
Kauhanya menggelarkan diri sebagai ‘Komposer Senja’
Namun baktimu takpernah sesekali dilupakan
Oleh insan-insan yang tahu
Menghargai unggulnya bakatmu

Doaku...
Moga kauterus tabah dan cekal
Meniti liku-liku dugaan
Dalam perjuanganmu memartabatkan seni
Dengan ilham-ilham yang syahdu dan puitis
Sebagai pusaka bangsa
Yang takakan lenyap dan pupus
Biarpun masa tiap detik beredar

Selamat berjaya...
Untukmu Komposer Sejati
Yang takpernah mengenali erti putus asa!

Sekian,

Ikhlas dariku,
-Nurza-
22 mac 2011
11.00pm.


Ikhtiman Ismail : Meleleh airmata keh baca puisi aok te NurZa... keh dah kabo dah... aok mmg reti menyirat hati orang... tima kasih tidok terhingga dari insan yang bergelar komposer senja...

Ikhtiman Ismail : mulek ngat doh puisi aok te.. tima kasih sekali lagi weh..bole keh pautkan ke member lain puisi aok ni?

Mazemie Maz المازمي ماز : Komposer senja yg membendung duka, duka dari luka bertimpa, bertimpa dari sikap durjana, durjana dari keangkuhan sikap manusia, manusia pengkhianat luhur jiwa, jiwa serakah yg mengutip kesenangan tercela, tanpa rasa salah mahupun berdosa, itulah kemanusiaan nan jijik antara kita...

Ikhtiman Ismail Maz : kita dipentas sebuah kehidupan.. yang penuh sandiwara...sama ada suka atau tidak... harus mengharunginya juga... jika kita rasa sakit bila disakiti... janganlah menyakiti orang lain... bukankah begitu pernah terungkap di pos anda sebelum ini...

Mazemie Maz المازمي ماز II: Berjiwanya jiwa seorang seniman, suka duka diharungi dgn ketabahan, disakiti hati diterima dgn ketenangan, menyakiti orang tiada dlam perhitungan, kejujuran menjadi pertimbangan, moga terlindung dalam rahmat dan nikmat Tuhan... Ya Tuan budiman, kita sesama insan tk seharusnya berbalut kebencian...

Ikhtiman Ismail benar sekali bicaramu... dan juga jangan menyakiti atau membenci diri sendiri.. justeru ada kekurangan dalam menempuh ranjau hidup ini.....

*Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi membaca nukilan ini serta meninggalkan komen...

*Tahniah En. II (Ikhtiman Ismail) di atas kelahiran album terbaru "Jerantut Kampung Kas" semoga terus berkarya dan diharapkan album tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan. Insya-Allah! sebagai rakan, kami semua sentiasa menyokong.

*Kepada yang ingin mendapatkan album ini, sila berhubung terus dengan
Komposer senja di laman Facebook beliau 'Ikhtiman Ismail.'

No comments: