ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, December 22, 2012

PUISI : SUARA KEINSAFAN


Tuhanku!
Tika insan-insan terlena
Diratib mimpi-mimpi indah
Aku bangkit mencari-Mu
Dalam gelap pekat syahdu dinihari
Aku bersujud kepada-Mu
Dalam tangis sendu
Mendambakan keampunan
Penuh penyesalan

Di atas sejadah keinsafan
Kurendahkan hati bertafakur berzikir
Penuh ikhlas dan rela
Mengharap titisan rahmat-Mu
Moga terpadam garis-garis dosa
Yang melingkari hati dan jiwa
Walau kutahu
Imanku cuma setipis helaian sutera
Namunku takakan jemu
Menagih ihsanmu
Demi mencari keredhaan hakiki

Wahai Rabbul Izzati!
Palingkan aku dari kemurkaan-Mu
Hamparkan aku cahaya kasih-Mu
Walau sejalur cuma
Agar aku terselamat dari tipu daya duniawi

Sesungguhnya...
Aku takmahu kehilangan rahmat
Dan jua perhatian-Mu
Kerana hanya engkaulah yang maha pengasih
Dari segala yang pengasih
Titipkanlah aku sekuntum mawaddah
Dari mekarnya haruman syurgawi
Agar dapatku sisipkan di qalbu taqwa
Bukti Agungnya cinta Al-Khalik.


Nukilan,
-CT Nurza-

*Diterbitkan di Radio IKIMFM Oktober '2008 untuk segmen 'Nukilan'.

No comments: