ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, December 24, 2012

SAJAK : ILHAM BERBISIK DALAM LAMBAIAN



ILHAM BERBISIK DALAM LAMBAIAN

Bersanding aku dianjung waktu
dalam bersimpuh duduk
kurenung bulan dikala terang
kumemandang bintang berserakan
sunyi kembali aku pada alam
kuintai cahaya dipenjuru rasa

serunai beralun dalam alunan
irama gemersik
bersulam tari mengikut rentak
jatuh aku dalam asyik

Ilham rasa mula berbisik
mulakan rentak lagu
dalam tarian
lambaian jemari seakan melambai
petikan pena berhias warna
lembar-lembar kertas tersusun
dalam noktah
kutitipkan lukisan hati sekadar hias
setelah ilusiku tercurah

Eytajms
24/12/12
lukisan hatiku
Taiping

No comments: