ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, December 16, 2012

TAZKIRAH : ELAKKAN RIAK DALAM IBADAT.

ELAKKAN RIAK DALAM IBADAT
by Ahmad Ishak on Friday, December 30, 2011 at 4:41pm

Segala amalan yang kita lakkukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, nak dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada redha dalam mentaati Allah swt.


Kita berniaga tetapi lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat, jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak di kira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah swt. Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah perkara itu seperti menipu diri sendiri dan mengotorkan jiwa.


Allah swt sangat murka pada mereka yang gidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu, dn mengambil kesempatan hakikatnya tidak dapat bertahan lama, lambat laun tembelangnya pecah juga. Rasulullah menyatakan riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud :

"Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syiruk yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengan, jawab Baginda ia adalah riak."


Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah swt. Ada manusia yang di selubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa yang sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain. Baginda bersabda maksudnya : Bahawa sesuangguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan."


Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengankesengajaan hanya kerana Allah swt tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia. Dalam budaya kerja ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain.


Sering kali makna kerana Allah swt kabur dan tidak jelas. Niat kkerana Allah swt juga brmakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama. bagaiamanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya ? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengn kualiti.


Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam. Berikut adalah petanda yang menjadikan ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak, antaranya :


> Tidak mengejar publisiti melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan

bila dipuji tidak lupa diri.


> Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.


> Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka bekorban tanpa mengungkit. Mereka laksana

akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.


> Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar

dihargai jasanya. Dalam kontek ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama,

memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang

patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar,

Uthman, Umar dan Ali.


> Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah

Khalid al-Walid.


> Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membukti

kan kebolehan dan kepakaran tanpa di ganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas

biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.


> Sabar dan istiqamah sepanjang masa , tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab

pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila

dikeji malas..


Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dlam melakukkan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atu putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

*KREDIT KEPADA PENULIS ARTIKEL DAN RAKAN MUKABUKU YANG TAG ARTIKEL INI SUATU KETIKA DAHULU.

No comments: