ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, January 2, 2013

PUISI : KITA HANYA TETAMU

kita hanya tetamu
perlu menyimpan erti malu
yang datang sementara waktu
bukan merasa seperti raja dan ratu
berbuat seperti tuan tanpa silu
usah alpa menjaga tingkah laku

kita hanya tetamu
jauhi sengketa dan mencipta seteru
pentas dan lantai tari kita satu
bukan menjadi raja ataupun ratu
hadir terkemudian atau terdahulu
usah saling membantah dan cemburu

kita hanya tetamu
kelak pulang satu persatu
perjalanan telah pun tentu
detik tak pernah menunggu
usah celaru dan lupa hakikat itu
hadir kita telah tercatat waktu

kita hanya tetamu
usah derhaka dan hilang erti malu.

~Sekadar Catatan TintaMataPena ~
::AlangEynna::
Jan 2, 2013; 1:45 am

No comments: