ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 20, 2013

PUISI : BERFIKIR DAN BERTANYA



Berfikir dan bertanya
Lebih pasti akan dapat jawapannya

Percaya tanpa usul periksa
Jika tersilap menyesal dan berdosa

Keburukan yang dicanang
Belum tentu ia benar
Mungkin hanya kedengkian orang
Sekadar nak buat onar

Sayangilah mulut, mata dan telinga
Andainya kita bersyukur dengan anugerah-Nya

Berfikirlah dengan mata hati
Selamilah rasa dengan jiwa
Baik fikir cantik pekerti
Buruk prasangka merosakkan minda

Baik-baiklah bila berbicara agar teliti
Jangan sampai menyakitkan hati
Supaya diri lebih dihormati
Kerendahan hati adalah ketinggian budi.

-Nurza-
16092012 11:40am.

*
Balasan spontan nukilan abg Mazemie Maz المازمي ماز

No comments: