ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 20, 2013

PUISI : KERANA DIRIMU AKU JATUH CINTA


engkau jejaka impian
pemilik gitar usang
walau hanya berselipar
itulah asli dirimu
impian mahu batinku
penawar segala dahagaku

serak mendayu suaramu
mengalun zikir lagu syahdu
memikat menawan kalbuku
melemah keras kepalaku
menyejuk gelegak hatiku
penawar demam derita jiwaku

kekuranganmu menjadi kekuatanku
kerendahan hatimu menjadi kewarasanku
keimananmu pemangkin kerinduanku
petikkan gitarmu menggetarkan naluri kasihku
teruskanlah alunan irama kasih dan sayangmu untukku

No comments: