ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 20, 2013

PUISI SPONTAN : AKU TETAP AKU



Aku tetap aku...
Biar apa orang nak kata
Kerana hidupku bukan untuk mencari sengketa
Walau teruk dicaci nista
Biarkan!
Biarkan!

Biarkan mereka dengan sikap mereka!
Untuk apa aku perlu tewas?
Untuk apa aku perlu lemah?
Selagi Allah sentiasa bersamaku
DIA pasti akan tahu
Apa yang tersorok di qalbu
Walau hatiku merintih pilu
Bila hati sering disakiti
Oleh insan yang lidahnya bisa jika berkata-kata
Umpama sembilu menikam jiwa

Aku tetap aku...
Akan sentiasa menjadi diri sendiri
Tak akan berubah meski dipengaruhi
Kerana prinsipku biar menjadi diri sendiri
Terimalah segala kekurangan
Syukuri tiap kelebihan
Lantaran itulah kurnia-Nya
Dipinjamkan apa adanya
Tak perlu aku keluh kesah
Cemburu atau iri pada kehidupan insan lain

Aku tetap aku...
Walaupun bukannya Sifu
Tidak jua ahli Kung Fu
Walaupun suka makan Yong taufu
Tapi tidak semua aku sapu
Jadi janganlah gusar dengan diriku
Kerana aku tetap sedar
Aku ini bukanlah sesiapa
Aku cuma makhluk-Nya...

Nukilan spontan,
-Nurza-
05 Sept 2012 09:02PM.

*
Balasan untuk rakan Group Tinta Hati Menitip Kata...Sazalee Sulaiman.

No comments: