ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 20, 2013

PUISI : TOPENG



♥♥ Rasa punya rasa punya rasa akhirnya terasa ♥♥

Aku punya rasa yang aku yakini...

Kamu adalah dia
Nama berbeza
Watak serupa

Walau cuba menafikan
Tapi terkadang
Sehebat mana pun tupai melompat
Sebijak mana pun mengelak
Tanpa sedar atau sengaja
Terkantoi juga
Tahniah!

Meski aku cuma berdiam

Tidak pernah sekali mempersoalkan siapa kamu
Namun aku tetap melihat dan melihat
Menonton satu demi satu reaksi dirimu
Terkadang lebih cover
Tapi ada juga yang tersasul
Hehehehee.....

Ku buka dedaun mindaku untuk berfikir

Merenung detik waktu untuk menghayati
Lantas aku menemui jawapan tersendiri
Gerak rasa dari hati yang luhur
Tidak pernah menipuku
Itu yang aku tahu
Cuma aku tidak mampu untuk menyuarakan
Walau realitinya kutahu itu adalah kamu
Yang sentiasa bertukar watak
Demi mengelirukan aku

Hebat!!!

Kamu memang hebat
Dan amat hebat
Teruskan lakunan sehingga memiliki award
Kerana aku hanya mampu menjadi penonton bisu
Yang mengunci mulut untuk tidak akan bersuara selamanya.

-Nurza-

07 Ogos 2012 01:10PM

No comments: