ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 20, 2013

SEKADAR CORETAN DARI HATI


~Nothing interesting about me~

Saya ini bukanlah sesiapa...
Cuma sekadar anak Kampung
Tak punya rupa
Tak punya apa
Sekolah pun tidak setinggi mana
Dua tingkat itulah tahapnnya
Tiada ijazah bergulung-gulung
Apalagi master semua
Yang ada cuma sekeping diploma
Taraf pun biasa-biasa aje
Tak boleh nak gebang
Tak boleh nak bangga
Kerana semuanya dah tak laku lagi
Diwaktu ini.

Dari kecil hingga dewasa...
Ayahbonda mendidikku dengan sempurna
Ilmu agama dititik beratkan
Kata ayah solat itu Tiang agama
Jadikan al-Quran sebagai panduan hidup
Jangan sesekali menderhakai ibu, bapa dan guru
Ingatlah Allah setiap masa
Kalimah Tauhid jadikan pegangan
Hormat menghormati sesama insan
Hargai setiap kebaikan yang diberikan
Doakan sesama insan
Jangan terlalu pentingkan diri
Sentiasalah merendah diri
Agar kita tidak dibenci
Mengalah bukan bererti kalah
Ketinggian budi terletak pada Kerendahan hati
Jika bercakap biar beralas
Adab dan santun harus dijaga
Barulah diri dilihat sempurna
Kayakan budi bahasa
Tanpanya satu sen pun tak guna
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
"Biar susah di dunia
Jangan susah di akhirat..."
Sabar, tabah dan redha
Jadikan pakaian diri
Dugaan yang datang menguji
Itulah penyukat kematangan diri
Bijaklah mengatasi mencari solusi
Semoga menjadi insan berjaya...

Terima kasih pada sebuah pengalaman
Banyak mengajarku erti kehidupan
Dari segala bingkisan rasa yang tercipta
Ku adunkan menjadi titisan ilmu
Mematangkan diri dan mindaku
Dalam meniti sebuah perjalanan
Yang belum diketahui bilakah noktahnya...

Kepada rakan-rakan yang sudi menjadi "Followers" laman blog ini, terima kasih sekalung budi, dari hati yang tulus ikhlas, ..Jazakumullahu khairaan...semuga bermanfaat untuk duniawi ukhrawi...Insya-Allah!

"....ADA wang adalah sayang....tak de wang semua melayang...yang sayang pun lesap menghilang...tinggallah kita bersama bayang-bayang...siang malam duduk sorang-sorang....yang banyak wang semakin membiang...hari-hari bermain wayang...kalau boleh semuanya nak tayang....bergelek bergoyang malu pun hilang...yang miang bertemu jalang....habis wang barulah pulang....paling mencuak sembang pun gebang....kawan yang ramai sorang-sorang pergi menghilang....AKHIRNYA.... si hebat yang dulu kononnya kaya....terpaksa membungkus diri... merana hidup tinggal tulang.....waktu itu barulah ingat pada Tuhan....JADINYA, biarlah kita sering dianggap kurang...asal mampu jadi orang. Bukannya orang-orang...kerana Allah akan tetap sayang...biar siapa pun kita pada pandangan manusia...perhatian Allah tetap tak berubah....diujinya kita dengan pelbagai rintangan menghalang dan mencabar...NAMUN.... itulah tanda kasihnya yang tidak terbilang...MAKA...carilah keredhaan Ilahi...bukannya cari kenikmatan duniawi dan pujian orang...hingga melalaikan kita dan lupa diri...Na'uzubillah hi min zaliq!!..."

Sekadar coretan,
-Nurza 2012-

No comments: