ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 17, 2013

Curahan Hati Seorang Aku


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pengunjung-pengunjung yang sudi singgah ke halaman saya yang takseberapanya ini...

Salam Tahajjud dan salam subuh bagi yang beragama Islam. Saya yakin ada yang sudah terjaga daripada lena ketika ini, jadi ambillah kesempatan untuk kita menghambakan diri kepada pencipta kita sebagai rasa  syukur dan terima kasih kerana masih lagi meminjamkan nyawa buat kita sehingga ke detik ini. Bertaubatlah di atas segala dosa-dosa kita sama ada dosa kecil ataupun dosa besar jika kita ada melakukannya, kerana pintu taubat masih lagi terbuka untuk kita, sebelum nyawa dicabut dan disentap tanpa kita ketahui bilakah waktunya. Nauzubillah himinzaliq! mudah-mudahan nyawa kita diambil dalam keadaan baik dan tenang, namun apa pun bergantung kepada amalan dan perbuatan masing-masing sewaktu hayatnya. Doa saya semoga kita semua mati dalam keadaan yang diimpikan...mati dalam iman dan islam...Insya-Allah! aamiin...

Sebenarnya, terasa sudah agak lama juga saya tidak mencoretkan sesuatu untuk tatapan kawan-kawan di sini, selain daripada berkarya mengikut mood dan kelapangan waktu yang saya ada...hemmm, rindu jugak nak berkomunikasi dari hati ke hati kan? walaupun hanya di skrin bisu ini sahaja...namun, selagi jari masih mampu menaip akan saya taip sekadar termampu apa jua yang terlintas di hati saat dan tika ini...

Sejak kebelakangan ini, terlalu ramai kawan-kawan yang bertanya kepada saya, ke mana saya menghilang? ke mana saya pergi? kenapa tidak lagi aktif di dunia FB (disebabkan selalu menutup akaun fb saya) dan macam-macam lagi persoalan peribadi yang bertali arus meminta saya memberikan jawapan untuk mendapatkan kepastian tetapi saya hanya mampu mengatakan saya mahu berehat, tenangkan hati, tenangkan minda dan FOKUS kepada hal yang lebih penting di dunia realiti, lantaran dunia fb terlalu membosankan diri saya sejak akhir-akhir ini. Kebosanan ini timbul bilamana setiap masa saya hanya dihidangkan dengan status-status yang terlalu emosional, fanatik dan asyik menyalahkan orang lain saban waktu dan merasakan diri sendiri teramat bagus dalam segala hal, telah di posting oleh rakan-rakan mukabuku yang ada di dalam senarai saya yang rata-ratanya ingin menunjukkan kehebatan masing-masing, dan hanya segelintir sahaja yang saya nampak dan lihat mampu mengawal jari jemari mereka daripada menulis sesuatu yang boleh menyinggung dan menyentuh hati dan perasaan insan lain tatkala membaca status-status mereka.

Harus diingat, walaupun anda katakan status anda itu adalah ditujukan secara umum tetapi tujuan sebenarnya ialah anda ingin menghentam individu-individu tertentu untuk memuaskan hati anda dengan mengaibkan dirinya di khalayak ramai. Ini bagi saya amatlah tidak bersesuaian dan secara peribadi amatlah saya tidak berkenan di hati untuk membaca dan menyetujuinya kerana setiap apa yang kita lakukan kepada orang lain, ianya akan berbalik kepada diri kita sendiri sampai waktunya nanti. Saya lebih rela tutup fb dan menjauhkan diri daripada manusia-manusia yang berperangai sebegini, kerana pendapat saya mereka tidak jujur dalam bersahabat. Didekati bila ada kepentingan diri tetapi dikutuk dimaki dan dicaci bila kita tidak mahu mengikut kemahuan dan menyetujui kehendak buruk akal fikirannya. 


Janganlah bersikap hipokrit, gemar mengadu domba, mengeji, memfitnah  dan mencaci maki orang lain di khalayak ramai, kerana mereka juga ada hati dan perasaan, ada keluarga dan sanak saudara, serta teman-teman rapat yang membaca dan mengikuti status di laman mereka, jadi tak usahlah kita memalukannya dengan sikap buruk kita. Janganlah kita sibuk membuka aib orang, sedangkan aib sendiri ditutup serapat-rapatnya...walaupun manusia tidak melihat apa yang kita lakukan tetapi Allah tidak pernah tidur menyaksikannya dan malaikat sentiasa mencatat segala-galanya untuk dibentangkan pada hari akhirat kelak...Insaflah wahai kawan-kawan!!!!...

Jadikanlah FB anda tempat untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna, menyampaikan mesej yang baik dan dapat memberikan pahala untuk diri sendiri dan ilmu kepada yang membaca. Bukannya tempat untuk melepaskan geram dan menghentam orang lain sewenangnya. Janganlah jadi manusia yang kejam dan hina serta suka menyusahkan orang lain dengan sikap dan perbuatan anda yang tidak bermaruah dan berhemah itu...Hidup kita di dunia ini tidak lama, maka pergunakan usia dan kesempatan yang ada itu sebaik mungkin, untuk kita buat yang terbaik bukan menjadi manusia yang gemar mencetuskan masalah dan perbalahan serta memberi kesukaran kepada insan lain. Hebat sangatkah kita???...apa pun terpulanglah kepada diri masing-masing kerana Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada kita untuk berfikir. Andai kita tidak suka sesuatu itu berlaku kepada diri kita, maka janganlah pula kita melakukannya kepada orang lain.

Akhirkata, ampun maaf dipinta jika ada salah dan silap. Jaga diri hiasi peribadi, kawal lidah kawal jemari dan jaga hati, kerana disitulah punca segala dosa yang akan menerjunkan kita ke dalam neraka kelak...Nauzubillah himinzaliq!

No comments: