ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 8, 2013

HAIKU SPONTAN NURZA (8) - SETANGKAI DAMAI


HAIKU PERTAMAKU.

Setangkai damai
Dalam harap menanti
Gugur di hati

Segugus rindu
Dalam pilu berlagu
Sebak di kalbu

Sepohon kasih
Walau rendang tersisih
Masih berbunga.

-CT Nurza-
11012012 
01:31am

--------------------------------------------------------

"Illusi tidak akan pernah menjadi realiti, kerana ia cuma satu imaginasi mimpi.....berlarilah mengejar pada yang pasti kerana impian tetap terbentang bersama harapan yang masih menanti...tentu takakan kecewa dan dikecewakan biarpun menempuh segala kesukaran untuk mendapatkannya..."

-Nurza-
Januari 2012.

*Membalas puisi Alang Eynna.

---------------------------------------------------------------------------------
 
Sazalee Sulaiman : Mari kita sama2 belajar pelajaran baru malam ni..

HAIKU
PENGENALAN KEPADA HAIKU

Pengenalan

Haiku mulai muncul dalam kesusasteraan Jepun dalam tahun 1662. Seorang pakar haiku yang terkemuka pada masa itu ialah Matsuo Basho
(1644-1694) yang mula menulis haikunya ketika berumur 18 tahun. Usaha untuk memperkenalkan haiku di luar Jepun telah dimulai pada awal
abad ke-20. Dalam tahun 1905 sebuah antologi haiku dalam bahasa Perancis telah terbit. Dalam pada itu, haiku terus berkembang ke negeri-negeri
Eropah yang lain, dan akhirnya ke Amerika Syarikat, Brazil dan tempat-tempat lain di negeri-negeri Amerika Latin. Menurut suatu laporan, pertandingan
haiku telah berlangsung di Perancis seawal-awalnya pada tahun 1924, yang telah menarik 1000 orang peserta.

Haiku mulai terkenal selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2, khasnya di kalangan orang-orang Amerika. Sementara orang-orang Kanada juga
menunjukkan minat yang mendalam terhadap haiku. Dalam bulan Januari 1992 dianggarkan sekurang-kurangnya lebih 100,000 orang dari 40 buah
negara di seluruh dunia sudahpun menulis haiku dalam bahasa tempatan. Banyak persatuan haiku telah ditubuhkan. Antara yang terbesar ialah
Persatuan-persatuan haiku kebangsaan Kanada, Amerika Syarikat, Colombia, Britain, Jerman, Netherland, Belgium, Italy dan Romania.

Di Jepun sahaja terdapat lebih dari 1268 jenis majalah haiku pada hari ini.

Apakah Haiku
Haiku ialah sajak pendek yang terdiri daripada 17 sukukata dalam patrun 5/7/5.
5 suku kata pada baris pertama 7 suku kata pada baris kedua 5 suku kata pada bari ketiga.
Memandangkan hanya boleh dikarang dengan jumlah perkataan yang terbatas, maka selain daripada patrun 5/7/5, terdapat juga patrun 5/5/5, 5/6/5,
5/7/4, 5/8/5. Malahan terdapat juga haiku yang patrun yang tidak seragam khususnya apabila ditulis dalam bahasa asing (selain bahasa Jepun).
Bentuk Rangkap
Haiku dalam bahasa Jepun pada asalnya ditulis sebaris, tetapi apabila diterjemah atau ditulis dalam bahasa asing, termasuk bahasa Melayu mengandungi
tiga baris. Ia diterjemahkan atau ditulis sedemikian supaya dapat disusun dalam bentuk rangkap. Sebagai contohnya, haiku Basho mengenaqi musim bunga
"Furu ike ya kawazu tobikomu muzu no oto"

*TERIMA KASIH RAKAN SEKARYAKU SAUDARA SAZALI SULAIMAN KERANA SUDI MENUNJUK AJARKU TENTANG SAJAK HAIKU.

No comments: