ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 8, 2013

PERTANDINGAN PANTUN : BAHASA JIWA BANGSA (1)


Mengemping padi terasa jemu,
Ambil sarsi tuang dicangkir;
Bahasa menjadi wacana ilmu,
Melahirkan generasi tuntas berfikir.

Bersarang kenari di ranting pulasan,
Bertingkah siulan unggas di desa;
Bahasa dilestari mendukung warisan,
Pusaka peninggalan khazanah bangsa.

Enak rasanya sayur keladi,
Kacang bendi dimasak kari;
Indahnya bahasa santunan budi,
Teras peribadi nilaian diri.

Sedap dimakan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung;
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.

-CT Nurza 2009-

*"Pemenang saguhati tempat ke-4" pertandingan mencipta pantun Bahasa Jiwa Bangsa 2009, antara 10 pantun terbaik. Terbitan Radio Malaysia Klasik Nasional anjuran Dewan Bahasa & Pustaka.

*Grafik Hiasan : Hasil carian atok google...Tq!

No comments: