ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PANTUN DI PAGE I LUV ISLAM



BERBALAS PANTUN DI FAN PAGE FB I LOVE ISLAM PADA 20 OGOS 2010.

PANTUN ADMIN I LOVE ISLAM.

Papan tualang mari diukir,
Buat penyeri si kayu jati;
Siang malam hidup berzikir,
Hidup bersendi kehendak Rabbi.

*Balasan pantun dariku.

Siang malam hidup berzikir,
Hidup bersendi kehendak Rabbi;
Lihatlah alam cubalah fikir,
Agungnya ciptaan ilahi Rabbi.

Pergi ke pekan membeli beras,
Beras jualan siyatim piatu;
Zikir melembutkan hati yang keras,
Jadikan amalan setiap waktu.

Ingatkan mati takutkan Allah,
Bertasbih berdoa dimalam suram;
Sentuhlah hati dengan zikrullah,
Pastinya jiwa tenang tenteram.


Nukilan spontan dariku...
-Nurza-

No comments: