ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, February 7, 2013

PANTUN MERDEKA


Anak Tuka dibakar dimakan,
Hilangkan penat duduk berehat;
Salam pembuka saya hulurkan,
Untuk peminat pantun nasihat.

Air glukos minuman kesukaan,
Isi barli direbus cermat;
Bulan ogos bulan kemerdekaan,
Mengimbau kembali tarikh keramat.

Masak bihun dengan paprika,
Makan pengat dibulan puasa;
51 tahun kita merdeka,
Hasil keringat pejuang bangsa.

Manis rasa sikuih putu,
Kuih bingka harum aroma;
Berbilang bangsa hidup bersatu,
Nikmat merdeka dikecapi bersama.

Gugur melata kuntum cempaka,
Berarak awan bayu menyapa;
Walaupun kita anak merdeka,
Jasa pahlawan usah dilupa.

Tabur baja dipohon nangka,
Cuaca malap merangkak sepi;
Sekian sahaja pantun merdeka,
Salah silap harap maafi.

-CT Nurza-
Ogos 2008

*Terbitan Radio IKIMFM Ogos '2008 untuk segmen 'Pantun Nasihat' bertemakan kemerdekaan [Terpilih sebagai "pemenang pantun terbaik" mingguan]

*Kredit untuk grafik hiasan google.com. Terima kasih!

No comments: