ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 8, 2013

PANTUN NASIHAT (4) - RADIO IKIMFM


Ke batu Kikir bersama bonda,
Singgah di kota berbuka puasa;
Banyak berfikir menajamkan minda,
Banyak berkata mencetuskan dosa.

Cantik berseri halaman rumah,
Terbang sijalak mencari makan;
Berbangga diri sifat mazmumah,
Wajar dielak jangan diamalkan.

Tumbuh subur sipohon palas,
Anak belatuk terbang ke hutan;
Budi ditabur biarlah ikhlas,
Bukannya untuk menjadi sebutan.

Pohon ceri di hujung titi,
Menguning indah sibunga padi;
Andainya diri ingin dihormati,
Jagalah lidah elokkan peribadi.

Beli cuka di Masjid Tanah,
Kemas ditutup botol sekati;
Jangan suka menyebar fitnah,
Syurga tertutup Neraka menanti.

Sarung dijari cincin suasa,
Merah dicubit pipi kak siti;
Ujian diberi penyuci dosa,
Moga terbit keinsafan di hati.

-CT Nurza-
Disember 2008.

*Diterbitkan di Radio IKIMFM Disember 2008, segmen pantun nasihat terbitan Pn. Siti Rohani Suriani.

No comments: