ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PANTUN : SELAMATKAN DIRI DARIPADA DOSA


Beli bayam di Tanah Rata,
Daunnya rapat  dari biasa;
Banyakkan diam kurangkan berkata,
Agar dapat mengurangkan dosa.

Daunnya rapat dari biasa,
Segar bugar sangat berkhasiat;
Agar dapat mengurangkan dosa,
Elakkan mendengar perkara subahat.


Segar bugar sangat berkhasiat,
Di tepi tingkap terpandang kelibat;

Elakkan mendengar perkara subahat,
Supaya bercakap sentiasa berhemat.

Di tepi tingkap terpandang kelibat,
Guruh di hulu kilat berjela;
Supaya bercakap sentiasa berhemat,
Fikirkan dulu dosa pahala.

Guruh di hulu kilat berjela,
Terhendap-hendap rusa di muara;
Fikirkan dulu dosa pahala,
Supaya beradab bila berbicara.

Terhendap-hendap rusa di muara,
Melintas ke hulu dengan berani;
Supaya beradab bila berbicara,
Sekianlah dulu pantunku di sini.

Nukilan spontan,
-Nur Za-
24 Feb. 2013
11:25pg.

No comments: