ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, February 28, 2013

PANTUN : TEMA DENGGI



Pergi berakit ke Tanjung Gemuk,
Silau cahaya di tengah laut;
Denggi penyakit bawaan nyamuk,
Virusnya bahaya membawa maut.

Silau cahaya di tengah laut,
Ombak berdesiran memukul Dermaga;
Virusnya bahaya membawa maut,
Jika persekitaran tidak dijaga.

Ombak berdesiran memukul Dermaga,
Ke Sungai Kandis pergi berkayak;
Jikalau persekitaran tidak dijaga,
Pastinya Aedes akan membiak.

Ke Sungai Kandis pergi berkayak,
Terbang berkeliaran si burung camar;
Pastinya Aedes akan membiak,
Jikalau persekitaran kotor tercemar.

Indahnya warna mawar di kantor,
Di muka pintu duduk si manja;
Aedes betina pembawa vektor,
Menggigit diwaktu pagi dan senja.

Di muka pintu duduk si manja,
Melihat rusa tanduknya lurus;
Menggigit di waktu pagi dan senja,
Mencari mangsa menyebarkan virus.

Melihat rusa tanduknya lurus,
Terdengar dentum tepi muara;
Mencari mangsa menyebarkan virus,
Terkena simptom rawatlah segera.

Terdengar dentum tepi muara,
Perahu tua ditarik rakan;
Terkena simptom rawatlah segera,
Supaya nyawa dapat diselamatkan.

Perahu tua ditarik rakan,
Di dalam stor duduk di pangkin;
Supaya nyawa dapat diselamatkan,
Jumpalah Doktor secepat mungkin.

Di dalam stor duduk di pangkin
Sakit menahan kaki berdarah;
Jumpalah Doktor secepat mungkin,
Rawatan pencegahan sebelum parah.

Nukilan spontan,
-Nurza-
17 Feb 2011.

*Dicipta Khas atas permintaan Dj Amiey untuk Siaran Radio Manisfm.

19 comments:

puteh said...

kita pinjam pantun baik punya ni boleh tak? =)

CT Nurza ® said...

Salam cik Puteh...terima kasih sudi singgah di blog saya...silakanlah jika pantun ini diperlukan...:)

Nuu Fizz said...

saya pinjam ye pantun ni...

CT Nurza ® said...

Nuu Fizz, terima kasih sudi tinggalkan jejak. Boleh...dipersilakan :)

Ayong Dila said...

Boleh saya guna pantun ini untuk persembahan budak-budak di tadika saya?.....

CT Nurza ® said...

Ayong Dila...
Boleh je...silakan :)

Anonymous said...

BOLEH SAYA GUNA PANTUN INI?TQSM

®سيتي نور زا said...

Nak pinjam?? nanti jangan lupa pulangkan ya lepas guna. Kalau tidak saya suruh Misha Omar tolong nyanyikan lagu "Pulangkan." :) :)

Anonymous said...

Salam... Sis, mohon izin guna pantun ni ye.. Tq in advance..

Anonymous said...

tk kak...saya gunakan pantun kak.utk sek saya..smg murah rezeki..amin

®CT Nurza said...

Waalaikumussalam...
Sama2... silakan. Terima kasih mendoakan... Aamiinnn...:)

KOROS said...

Minta copy dan guna pantun cipta cik nurza

kurniaanku yang manis said...

Salam...sy mohon gunakan pantun ini utk buat lagu ye

®CT Nurza said...

Silakan Cik Korus. Terima kasih.

®CT Nurza said...

Waalaikumussalam...
Kurniaanku Yang Manis... boleh, asalkan nama saya sebagai penulisnya tidak dibuang. Andai menjadi lagunya, tolong e-mel kepada saya nsk dengar ya... ctnurza@gmail.com

Unknown said...

Mcm mna dngn pntun jual beli tajuk denggi

Anonymous said...

Assalamualaikum sis. Saya minta izin menggunakan pantun sis sebagai gimik pelancaran program bebas denggi sekolah. Akan saya sebutkan dan war-warkan penulis pantun atas nukilan yang hebat.

®CT Nurza said...

Terima kasih semua kerana sudi singgah ke blog saya. Alhamdulillah!Silakan diguna pakai jika ia bermanfaat untuk pembelajaran. Saya amat berbesar hati membenarkannya.

®CT Nurza said...

Untuk pantun jual beli, pemantun kenalah sediakan pantun dalam bentuk soalan dan kemudian dijawab berdasarkan soalannya...