ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PERTANDINGAN CIPTA PANTUN GEMILANG MALAYSIA - 1



Potret hiasan di kota warisan,
Emas tiara di atas dulang;
Modal insan penggerak wawasan,
Pemacu Negara ke era gemilang.

Dari Dungun pergi ke Gambang,
Bunga rampai penyatu hati;
Malaysia membangun ekonomi berkembang,
Kemajuan dicapai kemakmuran dinikmati.

Nukilan
-CT Nurza 2008-

*Telah berjaya melepasi saringan awal juri bersempena dengan Pertandingan Mencipta Pantun Gemilang Malaysia 2008 dan telah diterbitkan di Radio Malaysia Klasik Nasional.

2 comments:

Mohd Zharif Fikri Abd. Salim said...

Assalamualaikum saudari CT Nurza,

Saya ingin meminta kebenaran untuk berkongsi koleksi pantun2 saudari. Saya ingin jadikan pantun2 saudari sebagai rujukan untuk pertandingan pantun peringkat kolej di universiti saya yang saya akan sertai bulan May ini. Diharap saudari sudi benarkan. Terima Kasih.

zharif fikri

CT Nurza said...

Waalaikumussalam adik Mohd Zharif Fikri Abd Salim....terima kasih sudi tinggalkan jejak di sini...ya boleh...saya benarkan...Selamat berkarya dan semoga berjaya ya...jika ada apa-apa pertanyaan boleh saja emelkan kepada saya di ctnurza@gmail.com.:)