ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PERTANDINGAN CIPTA PANTUN SATU MALAYSIA




Cantik tertera potret warisan,
Pahlawan terbilang empunya nama;
Satu suara satu gagasan,
Malaysia gemilang impian bersama.

Pahlawan terbilang empunya nama,
Segak bergaya menjulang senjata;
Pemimpin cemerlang berganding bersama,
Memakmurkan Malaysia Negara tercinta.

Segak bergaya menjulang senjata,
Dikagumi teman sepanjang hayat;
Satu Malaysia sebulat kata,
Bukti persefahaman pemimpin dan rakyat.

Pahitnya rasa buah peria,
Tidak terbanding dengan manisan;
Pelbagai bangsa kaum dan budaya,
Bersatu berganding merealisasikan wawasan.

Beli sepatu jauh di Iran,
Hijrah ke Kota bersama kawan;
Teguh bersatu mendepani cabaran,
Seia sekata membentuk perpaduan.


Nukilan,
-CT Nurza-

*Telah berjaya melepasi saringan pihak juri dan disiarkan di Radio Malaysia Klasik Nasional.

No comments: