ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, February 14, 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA PUISI THMK3

THMK3
Penulis : CT Nurza
Tarikh Penulisan : 14.02.2013


TAJUK : SANGGUPKAH KITA?


Ketika kemewahan dikecapi...
Sanggupkah kita melihat cuma
Anak-anak kecil terbaring lesu
Sengsara derita menahan lapar
Tanpa makanan tanpa pakaian
Sekadar meraih simpati insan
Menghulur simpati menyuap nasi
Sedang airmata mengalir di pipi tanpa henti
Memikirkan esok untuk hidup lagi
Dapatkah menelan seulas nasi
Menikmati sekeping roti
Mengalas perut di waktu pagi
Selagi nafas belum lagi terhenti.

Sanggupkah kita?
Memerhati sekadar simpati
Cuma berdoa tanpa henti
Sedangkan diri liat berbakti
Wang di saku kanan dan kiri
Tidak terhulur seikhlas hati
Hanya mampu memerhati melahirkan simpati
Tanpa mahu menyelami keperitan dialami

Begitukah kita sesama insani...
Tiada perasaan pentingkan diri
Angkuh berkepak di muka bumi
Lantaran kepayahan tidak kita rasai
Sanggupkah kita???

Nukilan spontan,
-Nurza-
14/02/2013
01:11ptg.

*Khas untuk group Tinta Hati Menitip Kata.



**Cikgu Nik Mie

Salam warga THMK,

Berikut keputusan penuh pertandingan penulisan puisi THMK3 yang baru lalu,

Johan
Mengunyah Kelaparan -
Siti Zaiton Binti Ahmad

Naib Johan
Kepompong Berdarah -
Ainnur Mustaqim

Ketiga
Anak-anak Perang - Qalam Bertinta

Sagu Hati

Merah Darah Hitam -
Bayu Pagi
Melaka Siri 1 -
Yahya Isa
Sanggupkah Kita - Ct Nurza
Bila Bunga-bunga Berduri -
Mazz C Carry Cinta
Senja di wajah sepi -
Noor Azihan Sulaiman
Kita hanya sekecil kiambang -
Sri Mawar

keputusan juri dilantik adalah muktamad.

taniah kepada yang berjaya

sila inbox kepada saya alamat dan nombor telefon untuk urusan hadiah.

terima kasih.

No comments: