ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 1, 2013

PERTANDINGAN MENGARANG SELOKA KRAF

PERTANDINGAN MENGARANG SELOKA KRAF & PERKAHWINAN.
ANJURAN KRAFTANGAN & RADIO MALAYSIA KLASIK NASIONAL.

Seloka 20 baris.

Tersenyum manis wajah mempelai,
Berkebaya labuh songket tenunan,
Putih gading warna pilihan,
Dipakai bersanding atas pelamin

Tembaga diukir cantik menawan,
Sireh dan pinang menghiasi tepak,
Cincin disarung tanda lamaran,
Menguntum senyuman adik dan kakak.

Mengkuang pandan cantik dianyam,
Kelarainya indah aneka corak,
Atas pelamin pengantin bersemayam,
Tetamu yang hadir riuh berborak.

Labu Sayong unik rekaan,
Diperbuat dari tanah liat,
Dihadiahkan untuk rakan dan taulan,
Sebagai ingatan dari sahabat.

Rotan diraut dibakar dibelah,
Dianyam disirat buat kerusi,
Majlis persandingan selesailah sudah,
Habis sekawah gulai dan nasi.

-CT Nurza-

Mei 2011.

 

*TELAH BERJAYA MELEPASI SARINGAN AWAL DAN AKHIR PIHAK JURI DAN DISIARKAN DI RADIO MALAYSIA KLASIK NASIONAL PADA :-
~13 Mei 2011 Jam 07.45pm oleh Dj Harris Mohd Nor.~
~14 Mei 2011 Jam 11.50am oleh Dj Aniszma Azwatie Ahmad.~
~15 Mei 2011 Jam 11.33am oleh Dj Zohdi Mansor.~

*Hanya mampu menduduki Tempat ke-4 (Hadiah Saguhati Sahaja) daripada 13  orang Pemenang yang berjaya. Diumumkan pada 30 Jun 2011 di RADIO MALAYSIA KLASIK NASIONAL....Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 05 Jun 2011 di Auditorium Besar, Pusat Kraftangan Malaysia Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

~Hadiah yang diterima~
1. Sijil.
2. Cheque.
3. Cenderahati daripada Radio Malaysia Klasik Nasional.
4. Cenderahati daripada Kraftangan Malaysia.

*Terima kasih kepada Penaja-penaja yang dihargai...
 

*Ini adalah 'Percubaan pertama'ku mengarang seloka tanpa pernah belajar seloka...hehehe...

No comments: