ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 8, 2013

PERTANDINGAN PANTUN : BAHASA JIWA BANGSA - 2


Tumbuh rendah pohon gedangsa,
Patah ranting dipijak helang;
Bahasa indah jati diri bangsa,
Aset terpenting modal insan cemerlang.

Pendekar berlima memburu rusa,
Girang hatinya tidak terhingga;
Bahasa umpama mahkota bangsa,
Martabat dan mutunya harus dijaga.

Terbang sejoli sicamar desa,
Turun ke paya mencari makan;
Bangsa dikenali kerana bahasa,
Lestarikan ia wajar didaulatkan.

Batu delima bersalut suasa,
Cantik warna memikat hati;
Bahasa itu intipati bangsa,
Perlu dicakna dijiwai dihayati.

-CT Nurza-

*Dicipta sempena dengan pertandingan mencipta pantun 'Bahasa Jiwa Bangsa' anjuran Radio Malaysia Klasik Nasional dan Dewan Bahasa & Pustaka 2009. Berjaya melepasi saringan juri dan salah satu penyertaan melepasi peringkat akhir dan menang dengan mendapat tempat ke-4 (Hadiah Saguhati).

*Grafik Hiasan : Imej Google.com.

2 comments:

fairus faridah said...

pantun yang sangat menarik..boleh saya ambik untuk minggu bahasa di sekolah saya..

®سيتي نور زا said...

Boleh... silalah...:)