ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PERTANDINGAN CIPTA PANTUN GEMILANG MALAYSIA - 2




Ke Pulau Kapas lautan diredah,
Bawa karangan sitanduk rusa;
Angkasa lepas diterokai sudah,
Bukti keunggulan sejarah bangsa.

Berbaju sedondon cantik dan gagah,
Tampak serinya cincin di jari;
Taman Tamadun terbina megah,
Lambang tertegaknya Islam Hadhari.

Nukilan,
-CT Nurza-

*Berjaya melepasi saringan awal juri bersempena dengan pertandingan Mencipta Pantun Gemilang Malaysia dan telah diterbitkan di Radio Malaysia Klasik Nasional, February 2008.

No comments: