ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, February 27, 2013

PERTANDINGAN PANTUN : NILAI-NILAI MURNI


Suram berbalam cahaya di taman,
Girang kenari di sawah padi;
Hulurkan salam limpahkan senyuman,
Santunnya diri menyerlah peribadi.

Duduk berpayung menimbang sukat,
Cuaca redup di sana sini;
Bergotong royong tingkatkan muafakat,
Sejahteralah hidup penuh harmoni.

Pohon kemangi di tepi jalan,
Di pinggir kali menjerat kedidi;
Kunjung mengunjungi jadikan amalan,
Ambil peduli tanda berbudi.

Kain basahan atas jemuran,
Kain biasa menggilap cermin;
Jagalah kebersihan alam persekitaran,
Hidup selesa kesihatan terjamin.

Mari dijamah si emping padi,
Digoreng garing si ikan pari;
Pemanduan berhemah membentuk peribadi,
Nyawa terselamat kemalangan dihindari.

-CT Nurza-

Mei 2012.

*Dicipta sempena pertandingan mengarang pantun bertemakan nilai-nilai murni anjuran Radio Malaysia Klasik Nasional. Berjaya melepasi saringan pihak Juri.

5 comments:

http://dinar2010 said...

sallam...akak kalu contoh berbalas pantun lak camna 2

CT Nurza ® said...

Salam dik...terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen. Kalau untuk berbalas pantun, adik kena created pantun soal dalam bentuk pertanyaan kemudian perlu ada jawapannya pula dalam pantun untuk balasan. pastikan rima dan suku katanya dijaga...apa2 pertanyaan boleh emel kat akak ctnurza@gmail.com..terima kasih..:)

nur afizah mazalan said...

Nak pantun yang ada jawapan tentang keselamatan jalan raya..

nur afizah mazalan said...

Nak pantun yang ada jawapan tentang keselamatan jalan raya..

CT Nurza ® said...

Salam adik Nur Afizah...adik kena bagi pantun soalannya nanti akak balas dengan pantun jawapannya? boleh?...chat akak kat G+...nanti akak bagi...terima kasih ya tinggalkan komen adik...:)