ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

KATA-KATA HIKMAH DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI (2)


"Orang mukmin tidak terlepas dari akal yang sentiasa berfikir, pandangan yang memberi pelajaran, lisan yang berzikir, hati yang bersyukur dan sungguh-sungguh bersabar dalam bekerja."

"Orang yang malas akan terhalang, orang yang menganggur akan menyesal,dengan bergerak akan mendatangkan keberkatan. Sesiapa yang berusaha dan berjalan akan dapat mengalahkan ramai orang."

"Cita-cita setinggi bintang dan tekad yang kuat akan mampu menggoncang gunung."

"Anda boleh disebut profesional jika mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Sesungguhnya, setiap orang pasti telah mengetahui bakat dan kemahiran di bidangnya masing-masing."

"Hinaan dan celaan tidak akan mempengaruhi orang-orang yang berjaya, malah ia adalah cambuk baginya menuju kemuliaan dan kejayaan, sebagaimana kata Abu Tammam, apabila Allah ingin menyebar kemuliaan, Allah membukanya melalui lisan para pendengki."

"Kritikan orang yang zalim adalah kekuatan buat orang yang berjaya, ibarat nasihat percuma dan terhormat."

"Apabila sampai kepada anda berita tentang kekuranganku, maka ia adalah kesaksian atas kesempurnaanku."

"Orang yang berjaya adalah orang yang mampu melakukan pekerjaan yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain, bahkan tidak boleh dilakukan oleh orang-orang besar. Dari itu ia dapat menimbulkan kekaguman dan keanehan terhadap orang lain kerana kehebatannya."

"Jangan sirami kehidupan dengan kehinaan, tetapi sirami kematian dengan kemuliaan."

"Buku itu mengajarkan kebijaksanaan, tetapi tidak melahirkan orang-orang yang bijaksana. Pedang akan boleh membunuh ketika berada di tangan pemberani."

"Semua amal bergantung pada niatnya, maka niatkanlah kebaikkan disetiap amal anda, bermanfaatlah bagi orang lain dan hindarilah untuk menyakiti mereka."

"Jika Allah s.w.t ingin menyingkapkan keutamaan seorang hamba kepada manusia, maka ia akan menggerakkan orang-orangg yang iri untuk menyebarkannya dengan ucapan-ucapan kedengkian mereka. Sekiranya bukan dengan kobaran api yang membakar benda-benda di sekelilingnya nescaya manusia tidak akan pernah tahu semerbak harumnya aroma kayu gaharu."

"Sesiapa yang beramal demi mendapat pujian orang lain, maka akan mendapat kematian dalam kegelisahan dan hanya memperolehi kebahagiaan sesaat (sementara) dalam hidup."

"Andaikan masih ada waktu yang tersisa maka sesuatu yang mulia tidak akan menjadi hina."

"Jangan menuntut orang lain menghormatimu sebelum engkau menghormati mereka. Jangan mencela mereka kerana kegagalan yang menimpamu tetapi celalah dirimu sendiri. Jika engkau ingin orang lain memuliakanmu, maka muliakanlah dirimu terlebih dahulu."

*Sumber petikan : Buku La Tahzan karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, salah seorang penulis buku motivasi islami yang menjadi idolaku dalam dunia penulisan. Kredit untuk gambar hiasan sumber Ikimfm.com.

No comments: