ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 15, 2013

PUISI : BIAR KUPERGI


Inginku bersuara...
Setelah membisu sekian lama
Sejak mengenali dirimu sedari mula

Kukagumi kehebatanmu kala berkata-kata
Meski hanya coretan pena
Tanpa wajah tanpa suara
Kaulah jaguh yang tiada tara

Tapi...
Kini baru kusedari
H
ebatnya kauberperi-peri
Bukanlah bangga untuk dipuji
Tarian penamu kian tidak terkawal lagi
Keterlaluan mengikut emosi
Membelasah di sana sini
Mengeji mencaci sesuka hati
Itukah peribadi yang kusantuni?

Sepatah kata tercoret...
Sepotong hati terhiris
Semegah diri mendabik dada
Selingkar benci bersarang di jiwa
Cantik sinis senyuman terukir
Bagaikan dunia kian berakhir

Justeru...
Di atas pusara sepi
Kutaburkan ranting-ranting hati
Yang kini patah berderai
Lalu kurela berundur diri
Tinggalkan kausendiri
Untuk bermuhasabah diri
Dan...
Biarlah aku pergi menyendiri
Menyucikan sekeping hati
Agar tidak dinodai
Virus-virus mazmumah yang mengekori

Selamat tinggal teman!


Spontan dari hati,
-Nurza-
15 Feb 2013.

No comments: