ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 17, 2013

PUISI : DIAM


Diam itu emas
Kerana dalam diam
Ada rindu yang berkelopak
Ada rasa yang bertakhta
Ada kasih yang mengharum
Ada senyum yang menguntum
Indah
Manis
Unik

Segala cerita tersimpan
Segala duka tersorot
Biar hanya terpendam dalam diam

Namun...
Diam tetap bermakna
Meski sukar menafsir
Erti diam yang sebenar.

Nukilan spontan,
-Nurza-
24122011 09:43pm.

*TELAHPUN DISIARKAN DI RADIO ONLINE MESRAFM OLEH DJ PUTRA PADA TANGGAL 24 DISEMBER 2011. TERIMA KASIH BANG PUT KERANA MENGHARGAI NUKILAN2 YANG ADA DI BLOG SAYA INI..

No comments: