ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, February 28, 2013

PUISI : KADANG-KADANG




Kadang-kadang...
Aku juga suka menghilang
Memujuk hati
Membuang lara
Kuusir segala dendam amarah
Pada diam yang memanjang

Aku tidak mahu berdebat
Sekadar melontar hujah yang hebat
Namun tindakan tidak bijak dan tepat
Mungkin cuma sekadar mencantas tetapi tewas
Lalu kupilih jalan
Biar kutiba-tiba hilang
Kerana mengalah takbererti kita kalah.

-CT Nurza-
28092011 12:17pm.
September 28 at 1:10pm

 *Balasan puisi spontan dari laman facebook bagi membalas puisi penyair yang dihormati, ayahanda Yassin Salleh yang berjudul "Kawan-kawan setiaku." Terima kasih ayahanda.


Yassin Salleh : diri sendiri adalah sahabat kita yang paling akrab. bila orang membuat kita lemas dan rimas, kita cari tempat yang bebas lepas bersendirian. dunia akan terasa amat indah dan kita hilang resah.
September 28 at 1:46pm 


***************************************************************************

kawan-kawan setiaku.

bila orang
jadi orang-orang
kawan hilang kawan-kawan
lalu aku berkawan dengan alam
warga alam unggas dan haiwan
tak pakai buku cek
berkawan tak payah bayar
setianya tak perlu sumpah
makanya,
merekalah kini
kawan-kawan setiaku.

yassinsalleh
0952 hrs. sept 15. 2010
ponson, manchis, bentong, pahang.
Copyright © 2011 yassinsalleh
All Rights Reserved

No comments: