ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, February 8, 2013

PUISI : KEKASIH



Kekasih..
Sesekali rindu mengundang
Teringin aku menatap wajahmu
Menghayati manis senyummu
Menabur mesra dalam rindu
Melafaz janji setia
Di puncak percintaan
Menikmati kesyahduan
Dalam impian

Dan,
Bila aku tersedar
Teringin aku melamar hatimu
Merangkai ampun dan maaf
Menyatakan kerelaan ini
Menyerah hati seputih salju
Hanya padamu kasih
Demi sebuah kesetiaan
Cintaku.

-Sinar mutiara-
Ogos 1993.

*Terbitan Akhbar Utusan Malaysia sisipan Utusan Remaja mekar di hati Ogos, 1993.

No comments: