ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 4, 2013

PUISI : MAAFKAN

Maafkan aku...
Jika tersalah duga
Panggilan diberi sekadar berbahasa
Kerana itulah budaya kita
Melayu harus beralas kata
Sopan santun bila menyapa
Itulah didikan ibu dan bapa
Tak pernah sesekali aku lupa

Maafkan aku...

Kiranya kautidak suka
Mungkin usiamu masih muda
Panggilan kuberi buat kauterasa
Biarpun di hati tiada apa-apa
Sekadar menyambut salam mesra
Huluran sahabat di dunia maya
Teman akrab berkongsi rasa
Meluah bicara mencerna minda
Semoga kita tetap bersama
Walau terkadang pemikiran berbeza
Lupakan saja itu semua
Yang penting kita saudara seagama
Usahlah hendaknya bertelagah sesama
Lantaran hidup bukannya lama
Esok lusa kanpergi juga
Ditemani hanya amalan kita.
Padamu teman kuucapkan terima kasih
Diharap kebencian jauh menyisih.

-Nurza-

28092012 05:21am.

No comments: