ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, February 24, 2013

PUISI : USIA



by Nur Za on Saturday, February 26, 2011 at 4:04am

Bila jam ligat berputar...
Diri menjadi semakin tua
Terbayang lambaian Barzakh
Dekatnya liang lahad
Tergambar wajah Munkar dan Nakir
Oh, gentarnya diri!

Kuhitung amal ibadat...
Cukupkah bekalan yang telah kusediakan?
Apakah amalan mencukupi selama hayatku?
Tepu atau mufliskah?
Bahana dosa-dosa yang diperbuat

Di atas sejadah pengharapan...
Airmata keinsafan luruh berguguran
Memenuhi ruang sujudku
Ampunkanlah aku Ya Rahmaan!
Kiranya terlalu banyak dosa-dosaku pada-Mu
Terimalah segala taubatku
Jadikanlah tahajudku ini
Sebagai pakaian Iman
Untukku hampirkan diri kepada-Mu
Bilamana dinihari hadir menjelma.

Luahan nurani insan yang kerdil,
-CT Nurza-
04.00am
26 Feb 2011.

No comments: