ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, February 5, 2013

AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA


Isu Ke-8


Sedar taksedar, dah setahun lebih aku menulis di majalah IK@Inspirasi Kejayaan. Alhamdulillah, taksangka aku boleh bertahan lama kerana, ini merupakan pengalaman pertama aku menulis artikel-artikel yang agak berat dan serius untuk sebuah majalah penting apabila aku diberikan tawaran, amanah dan kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang takpernah aku buat sebelumnya.

Ya laaa...aku ni kan kaki jiwangzzz...berkaratzz memalam kat corong radio, facebook, blog dan lelain tu boleh laaa...nulis sekadar suka-suka jer! selain daripada sering mencabar diri sendiri dengan menyertai PELBAGAI pertandingan mengarang yang dianjurkan di media cetak dan eletronik! itu pun sekadar join tatkala ada ilham-ilham spontan mendatang dan meluncur laju di benak rasaku secara tiba-tiba jer kan?...hehehee...

Dulu aku rasa macam tak 'konfiden' la sangat yang aku ni boleh buat apa yang tak pernah aku fikir nak buat pun. Tambahan lagi pada waktu yang sama aku juga diberi dua tugasan serentak....tugas untuk bantu "my chief editor" menyunting segala artikel2 yang diterima...Huhhh...mencabar la juga kan...hahaha....siang malam tak cukup tidur time keje banyak nak kena siapkan semuanya URGENT...tapi berkat keyakinan yang tinggi serta ketabahan hati dan tunjuk ajar sifuku Mr. RR, akhirnya aku boleh teruskan juga menulis di sini, menyumbangkan idea bersama-sama untuk kemantapan majalah IK. Terima kasih Mr. RR, kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan  kepercayaan kepada saya. Amat-amat dihargai...jasamu tetap dikenang....Insya-Allah!..

Kini, setelah setahun lebih bersama-sama memerah otak untuk majalah IK, dari rasa kurang yakin timbul pula rasa seronok bila dapat berkongsi idea serta menimba pengalaman baru untuk menggendalikan beberapa segmen khas yang telah dipertanggungjawabkan kepadaku. Insya-Allah, aku akan cuba untuk buat sebaik mungkin demi  tanggungjawab dan amanah yang terpikul...

Terima kasih sekalung budi atas kepercayaan, semangat  dan sokongan yang telah diberikan oleh Mr. RR juga rakan-rakan baikku semua.Tanpa kalian semua pasti aku takakan jadi seorang yang brutal dan kuat semangat macamni....kannnn????...ehehehe...


Doa dan harapanku, semoga majalah IK akan bertambah mantap dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan lagi dari masa ke semasa. Insya-Allah! aamiin...


-Nurza-

05022013  04:38am.




No comments: