ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 1, 2013

KOLEKSI MUTIARA KATA JIWANGZZ (5)




♥ "Seseorang itu akan merasa dirinya hebat, apakala mengetahui dengan pasti bahawa dirinya telah dicintai. Namun berhati-hatilah menghulurkan cinta kerana khuatir cinta yang dihulurkan itu bukan pada tempatnya yang mana akhirnya cuma melukakan hati dan perasaan sendiri..."♥(Admin : Nurza)

♥ "Rindu yang kutitipkan untukmu, bukan rindu yang melekat seperti debu di balang kaca. Hilang bila dibasuh, kemudian lekat lagi menyaluti balang kaca untuk seketika. Tapi rindu yang aku titipkan untukmu. Rindu yang takpernah terhakis, rindu yang sentiasa membara dan rindu yang tak pernah ternoktah, biarpun kau dan aku sudah jauh terpisah. Namun, rinduku hanya untukmu..."♥ (Admin : Nurza)

*Disiarkan di Radio Manisfm oleh Dj Amiey pada 12 Jan 2011.

♥ "Bagaimana bisa aku merawat duka di hatimu? sedangkan hatiku sendiri masih lagi berdarah. Bagaimana bisa aku menyapu air matamu? sedangkan hatiku parah terluka. Maafkanlah aku! semoga kaubisa mengerti..."♥ (Admin : Nurza)

"Menyintai takbererti memiliki, andai kau benar-benar menyayangi seseorang, lepaskanlah dia pergi kerana, andai dia benar-benar menyayangi dirimu dia pasti akan kembali, biar apa pun yang akan terjadi. Cinta yang suci takmungkin akan terpisah jika itu ketetapan Ilahi..."♥ (Admin : Nurza)

♥ Pantun cinta lara..:) ♥

Tumbuh melata pohon semalu,
Berbisik merdu suara perindu;
Angkara cinta makan taklalu,
Sedih pilu menanggung rindu.

Berbisik merdu buluh perindu,
Bayu mendesah ke hujung sana;
Sedih pilu menanggung rindu,
Mandi tak basah tidur tak lena.

(Admin : Nurza)


♥ "Untuk apa mengenang kembali masa lalu yang telah pergi, andai sekadar menggores kembali duka di dalam hati. Lupakan segala kepahitan masa silam. Hadapilah hari esok yang mendatang dengan penuh harapan, kerana mentari akan tetap bersinar biarpun mendung sentiasa membayangi sepanjang hari..." ♥ (Admin : Nurza)

♥ "Cinta yang diungkapkan melalui perbuatan dan tindakan lebih bermakna dari cinta yang sering diungkapkan melalui kata-kata, tetapi tidak hadir daripada hati yang tulus ikhlas, melainkan sebagai penyedap rasa agar tiada hati yang terluka kerananya..."♥ (Admin :Nurza)

"Tatkala aroma cintamu melintasi persada hati, akulah sang pemuja yg setia memujamu. Tatkala hembusan semilir kasihmu bertiup damai mengusap rindu, akulah sang perindu tegar yang merinduimu. Dan, saat kau lagukan nyanyian syahdu dari hatimu, akulah pendengar setia yang mengagumimu. Sememangnya, lelagu cintamu bisa menjadi igauan terindah dalam lenaku. Akan kunanti hadirmu dalam derap mimpi-mimpi bisuku...♥ (Admin :Nurza)

♥ "Biarpun di bibir kita sering menafikan, bahawa kita menyukai seseorang itu kerana cinta, namun hati tidak pula mampu dibohongi, kerana cuma hati yang dapat merasai dan mengetahui perasaan kita yang sebenar terhadapnya..."♥ (Admin : Nurza)


-CT Nurza-
Januari 2011.

*Coretan dari 06 Jan hingga 13 Jan 2011.*Hasil Nukilan spontan dariku ini dinukil khas untuk pages komuniti "PUITIS CINTA" di Laman Facebook  bersama Admin utama Dj Amiey Memanglah Amiey, istimewa untuk segmen terbitannya "Puitis Cinta, Manisnya Cinta" di Radio Manisfm...Terima kasih Dj Amiey atas kepercayaan dan ruang yang diberikan untukku terus berkarya. Juga, terima kasih kerana memilihku sebagai admin untuk page anda.

No comments: